J I G

WILLIAMSON GYRO JIG

Mungkin anda tidak tahu, Williamson adalah syarikat terawal mengeluarkan jig, dan banyak model jig yang dikeluarkannya laris di pasaran hingga habis disapu pemancing. Untuk 2008, muncul jig terbarunya bernama Gyro yang sungguh unik. Kelebihan dan keunikan Gyro terletak pada kebolehannya berputar sewaktu dihenjut atau tenggelam. Aksi ini terhasil akibat rekaan unik di ekornya yang seakan bersayap serta bagian kepala yang ditanam kekili supaya dapat berputar bebas.

Gyro boleh dilontar amat jauh dan memberi aksi ikan cedera yang tiada tandingan oleh jig lain. Ia boleh diaktifkan dengan cara karauan sederhana, dikarau-sentap, diunjun dan ditunda untuki memikat segala jenis ikan di dunia. Bentuknya yang realistik dengan Kilapan holografik, memang tak heran ia mampu menggoda segala jenis ikan pemangsa. Terdapat tujuh corak warna untuk dipilih dengan ukuran 20 g (60 mm), 30 g (70 mm), 40 g (80 mm), 50 g (90 mm) dan 65 g (100 mm).

Tinggalkan Balasan